Sunday, January 31, 2010

Sambal Ikan Tahai





Cara Membuat Sambal Ikan Tahai (Ikan Tamban Salai)

Bahan-bahannya

1/2 kilo Ikan Tahai Salai ( Ikan Tamban )
1 cawan cili kering ( dikisar halus )
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putihsedikit gula & garam
3 keping biji Asam Gelugor/keping
Sedikit air belacan

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :Kupaskan kulit Ikan Tahai dan tumbuk separuh halus.Tumiskan bawang merah & bawang putih yang dikisar hingga garing.Masukkan cili yang dikisar dan biar sampai terbit minyak.Masukkan Asam keping, air belacan, gula & garam dan gaul rata.Akhir sekali masukkan ikan yang ditumbuk tadi dan masak hingga sambalnya melekit.
Tips :Sesuai untuk dimakan dengan ketupat, kelupis,lemang dan roti.Ia juga sedap untuk dimakan dengan nasi lemak.Ia juga boleh dimakan begitu saja tanpa dimasak kerana ia telah disalai.


Info: Untuk pengetahuan anda, Limbang & Lawas memang terkenal dengan Ikan Tahai. Ia tidak terdapat di daerah lain di Sarawak. Harga Ikan Tahai mengikut musim. Apabila musim Tahai, ia di jual dengan harga RM7 - RM8 sekilo. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual hingga mencecah RM28 sekilo. Kelebihan Ikan Tahai ialah, ia boleh disimpan berbulan-bulan lebih-lebih lagi apabila di simpan di dalam peti sejuk. Ianya menjadi hidangan utama bagi sesetengah orang yang membuat kenduri di Limbang, memang tidak sah kalau tuan rumah tidak menghidangkan sambal Tahai yang telah menjadi begitu sinonim dengan Daerah Limbang. Jadi, kalau anda berkunjung ke Limbang atau Lawas jangan lupa membeli Ikan Salai Tahai! Selamat Mencuba...

Monday, January 25, 2010





Damai..terasa, beginilah suasana
kampungku...jauh dari segala kesibukan kota.
Come & Visit Kg. Limpaku Pinang...

jetty...



Kg Limpaku Pinang Limbang, Sarawak